2: PENGENALAN
Segala puji dan puja untuk Allah, Tuhan Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang . Dia yang
mengumpul segala pengetahuan di dalam Zat-Nya dan Dia jualah Pencipta segala
pengetahuan dengan keabadian. Segala kewujudan bersumberkan Wujud-Nya.
Segala puji bagi Allah lantaran Dia menghantarkan Quran yang mulia yang
mengandungi di dalamnya sebab-sebab ia diturunkan iaitu untuk memperingatkan
manusia tentang Allah. Dihantarkan-Nya kepada pembimbing yang memandu manusia
pada jalan yang benar dengan yang paling Perkasa di antara agama-agama. Selawat
dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang tidak diajar oleh makhluk tetapi
diajar oleh-Nya sendiri. Baginda s.a.w adalah nabi-Nya yang terakhir,
penyambung terakhir pada rantaian kenabian yang diutus kepada dunia yang sedang
hanyut di dalam huru hara, yang paling mulia di kalangan nabi-nabi-Nya, dimuliakan
dengan kitab suci yang paling suci dan paling mulia. Keturunan baginda s.a.w
adalah pembimbing bagi orang-orang yang mencari. Sahabat-sahabat baginda s.a.w
adalah pilihan dari kalangan orang yang baik-baik dan murah hati. Semoga
kesejahteraan dan keberkatan yang melimpah-limpah dikurniakan kepada ruh-ruh
mereka.
Tentu sekali yang paling berharga di antara yang
berharga, paling tinggi, permata yang tidak ternilai, barang perniagaan yang
paling menguntungkan manusia, adalah ilmu pengetahuan. Hanya dengan hikmah
kebijaksanaan kita boleh mencapai keesaan Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya
dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mengikuti rasul-rasul-Nya dan
nabi-nabi-Nya. Orang yang berpengetahuan, yang bijaksana, adalah hamba-hamba
Allah yang tulen yang Dia pilih untuk menerima perutusan Ilahi. Dia lebihkan
mereka daripada yang lain semata-mata dengan kebaikan rahmat-Nya yang Dia
curahkan kepada mereka. Mereka adalah pewaris nabi-nabi, pembantu-pembantu
mereka, yang dipilih oleh rasul-rasul-Nya untuk menjadi khalifah kepada
sekalian manusia. Mereka berhubungan dengan nabi-nabi dengan perasaan yang amat
seni dan kebijaksanaan yang sangat tinggi.
Allah Yang Maha Tinggi memuji orang-orang yang
memiliki hikmah kebijaksanaan:
“Kemudian Kami wariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih daripada hamba-hamba Kami, tetapi sebahagian daripada mereka menganiayai diri mereka sendiri, dan sebahagian daripada mereka cermat, dan sebahagian daripada mereka ke hadapan dalam kebajikan-kebajikan dengan izin Allah, yang demikian adalah kurniaan yang besar”. ( Surah Fatir, ayat 32).
“Kemudian Kami wariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih daripada hamba-hamba Kami, tetapi sebahagian daripada mereka menganiayai diri mereka sendiri, dan sebahagian daripada mereka cermat, dan sebahagian daripada mereka ke hadapan dalam kebajikan-kebajikan dengan izin Allah, yang demikian adalah kurniaan yang besar”. ( Surah Fatir, ayat 32).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pemegang hikmah
kebijaksanaan adalah pewaris nabi-nabi. Penduduk langit mengasihi mereka dan di
atas muka bumi ini ikan-ikan di laut bertasbih untuk mereka hingga kepada hari
kiamat”.
Dalam ayat lain Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
“Tidak takut kepada Allah daripada hamba-hamba-Nya melainkan orang-orang yang berilmu Pengetahuan” (Surah Fatir, ayat 28).
“Tidak takut kepada Allah daripada hamba-hamba-Nya melainkan orang-orang yang berilmu Pengetahuan” (Surah Fatir, ayat 28).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pada hari
pembalasan, Allah akan mengumpulkan sekalian manusia, kemudian mengasingkan
yang berilmu di antara mereka dan berkata kepada mereka: ‘Wahai orang-orang
yang berilmu. Aku kurniakan kepada kamu ilmu-Ku kerana Aku mengenali kamu.
Tidak aku kurniakan hikmah kebijaksanaan kepada kamu untuk Aku hukumkan kamu
pada hari ini. Masuklah ke dalam syurga-syurga-Ku. Aku telah ampunkan kamu' ”.
Segala puji milik Allah, Tuhan sekalian alam lantaran
Dia kurniakan makam yang tinggi kepada hamba-hamba-Nya yang taat dan memelihara
mereka daripada dosa dan menyelamatkan mereka daripada diseksa. Dia berkati
ahlul hikmah dengan menghampiri mereka.
Sebahagian daripada murid-murid kami meminta supaya
kami sediakan sebuah buku yang memadai buat mereka. Sesuai dengan permintaan
dan keperluan mereka kami siapkan buku yang ringkas ini Semoga ia dapat
mengubati dan memuaskan mereka serta yang lain juga. Kami namakan buku ini “ Sirr
al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar ” atau “rahasia dalam rahasia-rahasia
yang Kebenarannya sangat diperlukan”. Dalam pekerjaan ini kenyataan di dalam
kepercayaan dan perjalanan kami dibukakan. Setiap orang memerlukannya.
Dalam menyampaikan hasil kerja ini kami bahagikannya
kepada 24 bab kerana terdapat 24 huruf di dalam pengakuan suci “La ilaha
illah Llah, Muhammadun rasulu Llah” dan juga terdapat 24 jam dalam satu
hari.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar