Jumat, 07 September 2012

Wahai hati hina, wahai jiwa hina, wahai jasad hina




Wahai hati hina, wahai jiwa hina, wahai jasad hina.. 

ketahuilah..


bertambahnya usia diri,
semakin hampirlah ia,
yakni kematian yang misteri,
hanya Allah yang mengetahuinya..

(T__T)..

para guru yang mulia ada berpesan kepada diri yang hina ini, bahawa al-Imam al-Ghazali ada berkata (yang bermaksud) : "yang paling dekat denganmu adalah kematian.."

astaghfirullah..(T__T)

wallahua'lam, Allah jua Yang Maha Mengetahui..(T__T)

sesungguhnya hadirnya satu teks syair yang mengetarkan jiwa ini ketika mana minda ini melayang sendirian berfikir tentang "bertambahnya usia, semakin hampir kematian"..(T__T)

teks syair disusun rapi,
dari satu baris ke satu baris lainnya,
mengetarkan hati hina ini,
tanpa disedari ia bersama air mata..

(T__T) : astagfirullah..

Teks syairnya adalah ;

Ingatlah jika sudah waktunya dipanggil..
Panggilannya tak bisa diwakilkan..
Panggilan dari Yang Maha Kuasa..
Mahu tidak mahu harus pergi.....

(T__T) : astaghfirullah..

seterusnya...gambaran kematian..(T__T)

Bajunya diganti putih..
Jika berangkat tak bisa kembali..
Kenderaannya kereta Jawa (pengusung)..
Beroda empat berupa manusia..

Rumahnya serupa Go'a (Gua)..
Tak ada bantal ataupun tikar..
Rumahnya tidak ada pintunya..
Tidur sendirian tak ada yang menemani..

astaghfirullah.....(T__T)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

(yang bermaksud) : "Katakanlah : "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"

(surah al-Jumu'ah, ayat 8)

wallahua'lam..(T__T)

sesungguhnya, bertambahnya usia aku melebihi 23 tahun ini (yakni mengikut kiraan tarikh masihi), menjadikan minda faqir ini lebih banyak berfikir tentang kematian, menjadikan hati hina ini lebih banyak merasai "tanda-tanda kematian" yang mana menyebabkan gementar seluruh jasad, astaghfirullah..(T__T)

dari Abdullah bin Muthrif, berkata (yang bermaksud) : "Kematian itu dapat menghilangkan ni'mat yang dirasakan oleh orang-orang yang diliputi oleh ni'mat itu. Oleh sebab itu carilah ni'mat yang tidak ada kematiannya yakni yang tidak ada habisnya".

dipetik dari Kitab Ihya' Ulumiddin..


  wallahua'lam..

sesungguhnya apabila memikirkan kematian, apabila merasai kematian, maka semakin lemahlah nafsu untuk menghanyutkan hati dan jiwa ke arah kemaksiatan, ke arah kelalaian di dalam suasana yang dipenuhi ni'mat di alam dunia ini..

apabila lemahnya nafsu, maka hati, jiwa dan jasad akan mudahlah tersentuh dengan perkara akhirat iaitu amal ibadah ke arah mencapai keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

insya Allah..(T__T)

maka, semoga hari ulang kelahiranku kali ini menjadi satu titik sambungan untuk terus bermuhasabah diri, untuk terus bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, untuk terus berusaha berada di jalan keredhaan-Nya, untuk terus berusaha menjadikan diri hamba-Nya yang soleh, amin ya Rabb..
wallahua'lam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar